Monday, February 22, 2010

Bila disuruh memilih

Bismillahirrahminirrahim~
Ya Hafeez
Pelindung di kala aku susah dan senang
Hanya padaMu tempatku mengadu


"...Ya Tuhan Kami, ampunilah disa-dosa kami dan tindakan-tindakan kami yang berlebihan (dalam) urusan kami dan tetapkanlah pendirian kami..."
(Ali Imran: 47)

Diri ini sebenarnya leka dengan indahnya dunia yang sebenarnya hanya pentas lakonan. Mungkin esok, mungkin lusa atau mungkin sekejap lagi dunia ini tidak akan ada lagi. Mungkin semalam aku lebih baik dari hari ini, tanpa aku sedar. Atau mungkin esok lebih teruk dari hari ini.

Aku punya pilihan tapi tidak tahu sama ada pilihan itu adalah pilihan yang terbaik atau terburuk. Aku punya pilihan sama ada mahu atau tidak. Tanpa paksaan mahupun desakan, semuanya atas kerelaan dan kehendak hati. Aku takut apabila mahu memilih. Aku tidak kuat untuk buat pilihan kerana aku mahu yang terbaik untuk diri ini. Tapi aku tidak tahu di mana letaknya garis hidup diri ini. Mungkin selayaknya aku mendapat yang tidak sepatutnya atau mungkin selayaknya aku mendapat apa yang sepatutnya.



"...boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik kamu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
(Al-Baqarah: 216)

No comments: