Sunday, February 28, 2010

buat mereka yang faham..

25 Feb 2010

Perjalanan seorang DAI'E bermula. Dengan kalam indah, zikir meniti di batas bibir dan teman sentiasa dihati. Berat mahu melangkah. Rasa sedih dan kecewa mengapa ramai yang berundur sebelum berjuang? Alhamdulillah..Aku panjatkan syukur kerana masih bernafas untuk tertegak di atas jalan dalwah ini bersama rakan-rakan yang sentiasa punya masa dan waktu untuk Tuhan. Moga ditetapkan iman.. Ameen

26 Feb 2010

"Jalan Dakwah = SUSAH + SUKAR + PAYAH"
(kata-kata seorang pakcik yang membenarkan apa yang selalu bermain dalam kotak fikiran)

Tujuan dakwah hanya 1, TUHAN adalah matlamat.

DAKWAH..
perlu iman yang mendalam..gigih tak pernah kenal putus asa..dan..YAKIN pada JANJI DIA

Siapakah yang benar JANJINYA melainkan janji ALLAH?

Tapi aku?
Andaikan aku bukan aku yang sekarang..tidak mampu berdiri seperti sekarang..
Pasti aku akan merindui jalan aku sekarang..Pasti aku akan rindu pada kesusahan aku sekarang..

Diri ini adalah milik Tuhan..Aku jual diri ini hanya untuk Tuhan dan dakwah..Aku takut andai suatu hari aku akan kata, "mengapa aku pilih JALAN ini?"
seolah-olah aku menyesal dengan pilihan ini..
pernah rasa mahu menangis, pernah rasa aku tidak layak, pernah rasa segala-galanya yang menjatuhkan motivasi dalam diri..Aku pernah rasa itu semua =(


Pakcik Roslan: Kita pendakwah, bukan penghukum.

Bukan penghukum untuk diri orang lain mahupun diri sendiri sebaliknya pendakwah bagi orang lain dan diri sendiri.

Aku mula bangun, tersedar dari lena, tersedar dari ketakutan..
Alhamdulillah..tamrin ini beri semangat pada diri, beri kekuatan pada diri, beri nafas pada jiwa dan beri rasa tenang pada hati... =)

Buat sahabat yang sama-sama berjuang,
aku hanya mampu berdoa agar kita sama-sama istiqamah, tidak tersungkur di tengah jalan, tersesat di pinggir jalan dan terputus saat hampir dengan kemenangan..

TAKBIR!

No comments: