Monday, November 28, 2011
Sunday, November 6, 2011
Friday, November 4, 2011
Thursday, October 13, 2011
Kerana Cinta itu Mahal
Tuesday, September 20, 2011
Refreshment
16 September 2011 – 17 September 2011
Semalam aku jumpa roh aku. Semalam aku sudah jumpa jiwa aku. Dan semalam aku sudah jumpa semangat aku.
Rindu pada Tuhan tapi aku sendiri menzalimi diri. Rindu pada Rasullah SAW tapi tiada apa yang aku lakukan. Hanya diam tanpa buat apa-apa.
Doa rabitah.
Rindu pada maknanya.
Lama tidak memahami ertinya membuat hati ini jadi keras. Membuat hati ini jadi pudar warnanya.
Aku bacanya di hadapan sahabat-sahabat pada malam yang mempertemukan jiwa-jiwa kami. Hati terasa bergetar seperti kali pertama aku merasa sentuhan ukhwah dalam tarbiyah. Aku rindu perasaan itu. Sangat rindu. Aku genggam tangan sahabat. Aku pejamkan mata. Saat itu, air mata mula mengalir. Di sini, dalam hati, ada perasaan kasih untuk mereka. Ada perasaan sayang buat mereka. Semangat itu tiba-tiba datang. Jiwa ini mula kuat. Roh itu mula sedar dari tidur yang panjang. Aku tidak sendirian. Kerana aku punya Tuhan. Aku punya mereka.
Syukur padaNya kerana kesempatan itu diberikan kepadaku. Syukur padaNya kerana aku masih dipilih untuk bersama-sama mereka. Syukur padaNya kerana aku masih miskin di dunia kerana aku kaya di akhirat. Syukur padaNya kerana aku bukan dalam golongan orang yang menolak tarbiyah daripadaNya.
Tuesday, September 13, 2011
(^_^)
Friday, September 9, 2011
hilang
Monday, July 25, 2011
berbaik sangkalah pada Tuhan.
Bila yakin telah tiba
Teguh di dalam jiwa
Kesabaran menjadi bunga
Sementara waktu berlalu
Penantian tak bererti sia-sia
Saat perjalanan adalah pencarian diri
Kaki melangkah memulakan suatu perjalanan. Hati tak sabar mahu berjumpa sahabat-sahabat walaupun baru seminggu berjumpa mereka. Entah kenapa tiba-tiba hati jadi sayu saat tiba di perkarangan masjid. Rasa macam mahu peluk semua orang yang ada.
‘Daurah Muayyid’. Ceritanya tentang Qawaid Dakwah. Tak sempat untuk dengar pengisiannya pada sesi 1 pagi tadi. Terasa rugi yang teramat. Yang sempat cuma LDK. Mendengar cerita yang dikongsikan oleh kak ida, hati jadi lagi sayu. Betapa banyaknya input yang mungkin peroleh sekiranya aku tiba lebih awal dari ini. Sudah lah katibah pun tak sempat aku sertai. Aku nyatakan kesedihan itu pada kak Sal. “ Dik, usah sedih. Ada hikmahnya kenapa Allah takdirkan macam tu, husnuzhon dengan Allah”. Hampir menangis. Husnuzhon dengan Allah. Aku selalu lupa. Rapuhnya cinta aku pada Tuhan. Betapa jahatnya aku. Muhasabah~
Inilah hikmahnya. Supaya masa yang sikit tetapi memberi impak yang amat mendalam pada jiwa ini. Tuhan sedang bicara denganku saat aku hanyut dan lupa. Tuhan sedang beri pelajaran kepadaku saat aku hampir jauh. Tuhan sedang ceritakan padaku bahawa Dia rindukan air mataku.
Betapa pemurahnya Tuhan tu kan.
Cuma manusia yang sengaja membutakan mata hati mereka.
Kerana melihat hanya dengan mata, takkan dapat apa-apa
Tetapi seandainya jika kita lihat dengan mata hati, pasti kita jumpa jalanNya.
Friday, June 10, 2011
bersangka baik~
Bismillahirrahmanirrahim..
Selawat dan salam buat Nabi Muhammad SAW dan keluarga (^__^)
Husnuzon.
Bersangka baik.
Sukar. Payah. Susah.
Setuju?
Amat payah untuk meletakkan kepercayaan dengan bersangka baik kepada orang lain.
Kadang-kadang pada keluarga sendiri atau sahabat baik kita.
Itu sebelum kenal tarbiyah.
Itu sebelum belajar untuk jadi matang.
Itu sebelum punya pengalaman.
Melihat ’mereka’ yang selalu mengutamakan orang lain melebihi diri sendiri.
Melihat ‘mereka’ yang tidak menuding jari mencari kesalahan orang lain.
Melihat ’mereka’ yang selalu memberi layanan baik kepada orang lain.
Melihat ’mereka’ yang sentiasa bersangka baik pada orang lain. Walau diri sendiri jadi mangsa.
Aku jadi kagum.
Itu kerana mereka dalam tarbiyah. Mencari dan mengenal cinta Ilahi.
Mereka husnuzon. Bersangka baik pada semua orang.
Aku jadi susah pada mulanya. Kerana mahu belajar untuk menerima dan sentiasa memaafkan kesalahan orang setiap masa. Berat. Mana mungkin ada manusia yang tidak akan marah. Mana mungkin ada manusia yang tidak akan terasa hati. Cukup sekali saatnya apabila melihat ’mereka’ tertindas, namun masih bersangka baik. Sabar. Itulah kuncinya.
Rupa-rupanya, saat mengenal tarbiyah. Allah menyuruh kita supaya bersangka baik. Malah dalam setiap tindakan. Insyaalah. Aku mahu jadi seperti ’mereka’ yang selalu bersangka baik dan tidak punya hasad dalam hati.
Nasihat Syeikh Abdul Kadir Al-Jailani.
Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".
Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..
Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."
Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."
Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."
Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.
Tak rugi kita bersangka baik terhadap insan daripada kita bersangka buruk yang boleh mendatangkan dosa. Sematkan kedalam hati agar iman akan bertambah,aqidah dan akhlak juga akan terjaga.InsyaALLAH.
Friday, June 3, 2011
Di Sebalik Hijab Itu Ada Aku
Tudung helikopter?
Tudung besar sangat ntah macam ape..??
Urf...
Adik yang tak up to date langsung.
Patut pun takde prince charming yang nak.
Hmm..bukan..bukan Prince Charming je, silap2 PA Prince Charming pun tak teringin.
5 pasang tudung?
Tambah 2 pasang sekali dengan baju raya?
Tudung Syria pulak tu?
Ayark...
Haa..yang ni pun labuh jugak. Tutup dada sikit.
Huuuuu…..
Ada Adilah di sebalik Hijab tu. Akan jumpa dia yang sudah tiga tahun mencari dirinya.
Kakak,
Apa nak buat dengan tudung Syria yang banyak-banyak tu?
Macam selalu.. sedekah pada orang yang nak?
Tak sampai hati bila kakak kata;
Muka panjang tu, cantik kot kalau pakai tudung kakak.
Ahh... sudah.. tudung ape pulak ni?
Eh, taknak lah. Macam minah indon je...
Tak...cantik. betul ni. Taknak ke pakai tudung ni?
Pakai ye. Nanti kak tempah kat orang belakang rumah ni. Jom.
Saturday, April 23, 2011
Bismillahirrahmanirrahim~
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Wahai lelaki,
Ketika seorang wanita
"TAKUT JATUH CINTA"
bukan kerana dia tak perlukan CINTA
atau menolak di anugerahkan cinta,
akan tetapi kerana dia belum sedia mengHALALkannya,
dia takut
rasa yang Fitrah itu menjadi FITNAH
kelak disebabkan CINTA yg
tak terkawal akan menggoyahkan 'prinsip'nya dalam memegang
teguh Syariat ISLAM & membuatnya MENGABAIKAN larangan2Nya..
Maaf.
Saya belum bersedia untuk jatuh cinta.
Jika sudah terpaut dengan hati saya,
sila pulangkan di tempat asal
iaitu cinta kepada ALLAH sahaja
kerana CINTA saya pada Tuhan
masih goyah dan tidak kukuh
cinta saya hanya untuk suami saya seorang.
Saya mahu jadi isteri solehah
''Perempuan yang paling mempesona adalah isteri yang solehah.
Rasulullah SAW bersabda, “Apa yang dicari seorang mukmin setelah taqwa kepada Allah
tidak lebih baik dari seorang wanita yg solehah,
apabila diperintah suami dia mentaati,
apabila dipandang sangat menyenangkan,
apabila bersumpah dia melaksanakan dengan jujur,
dan apabila ditinggal pergi dia mnjaga diri dan harta suaminya
(HR.Ibnu Majah)
yang hidupnya di sisi suami
dan ibu kepada anak-anaknya.
Bila sampai masa,
cinta itu akan hadir sendiri tanpa dipaksa.
Sekian,
Terima Kasih
kerana sudi menyinggahkan cinta anda
di hentian rehat ini.
Semoga menjumpai cinta hakiki
dan bahagia abadi di Jannah
Allah.
Ameen~
(^__^)
syaitan tegar
Bismillahirahmanirrahim
Saya.
Saya berkata kepada hati, mahu jadi seperti syaitan.
Urf~
Bukan..bukan mahu jahat seperti dia iaitu syaitan. Tetapi mahu jadi setegar dirinya yang tak pernah putus asa goncangkan iman manusia. Yang tak pernah putus asa getar hati dan jiwa manusia untuk 4 huruf roman ‘Z.I.N.A’ atau kemungkaran yang dimungkiri kepada Tuhan. Kan bagus perangai syaitan ni. Tabah, sabar, kental dan bla..bla..bla… Seorang murabbi harus tegar tau. Kuat dan gagah perkasa. Bukan jadi budak cengeng yang kerjanya asyik menangis. Ya. Kadang-kadang perlu air mata itu tapi perlu diingat hadnya. Ada masa-masa kita simpan air mata untuk kita teriak di hadapan umum. Gentarkan jiwa mereka dengan takbir. Allahu akbar!
Syaitan itu, jika menghasut.. Mashaallah. Hebat. Dai’e? Syaitan itu, jika gagal...Mashaallah. Tak pernah ada putus asa dalam kisah hidupnya. Murabbi? Syaitan itu, tak pernah nangis walau sekali. Kita? Ha...bagaimana mahu jadi murabbi tegar seperti syaitan? Ketuk dahulu hati kita. Buka dahulu pintu hati kita untuk lihat sedalam-dalamnya.
Bukankah sirah itu tinggalan untuk kita? Bagaimana suatu masa dahulu, Rasulallah SAW dan para sahabat berjuang menegakkan panji Islam? Bagaimana dengan hati dan jiwa mereka? Susahkah untuk kita jadi seperti mereka? Kan mereka juga manusia. Dijadikan dari tanah. Kita juga dari tanah bukan? Adakah tarbiyah mereka tidak sama dengan kita? Bukankah tarbiyah itu datangnya dari Allah?
Untuk saya, untuk semua muslimah dan untuk semua akhawat yang saya kasihi kerana Allah. Mari sucikan hati dan jiwa ya. Usah biar hati ini gundah dan sedih. Bangunkan jiwa untuk memacu jalan juang di hadapan Tuhan. Ayuh mulakan langkah jihad untuk capai syahid di jalanNya.
”Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang di jalanNya
dalam barisan yang teratur, mereka seakan-akan seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh”
(As-Saff:4)
Wednesday, April 20, 2011
Bismillahirrahmanirrahim~
Tiada Tuhan Yang Disembah Melainkan Allah,
Dan Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.
Hari ini bila saatnya hati aku gundah dan resah.
Aku pohon diberi ketenangan dalam hati olehNya.
Aku pohon agar Dia bicara dengan hatiku supaya pudar resah dan gelisah ini.
Al-Furqan itu aku buka.
Dan di dalamnya Tuhan bicara kepadaku:
Dan bacakanlah (Muhammad) kepada mereka, berita orang yang telah Kami berikan ayat-ayat Kami dari ayat-ayat itu, lalu dia diikuti oleh syaitan (sampai dia tergoda), maka jadilah dia termasuk orang-orang yang sesat.
Dan sekiranya Kami mengkehendaki nescaya kami tinggikan (darjatnya) dengan (ayat-ayat) itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan mengikuti keinginannya (yang rendah), maka perumpamaannya seperti anjing, jika kamu menghalaunya dijulurkan lidahnya dan jika kamu membiarkannya ia menjulurkan (lidahnya) juga. Demikianlah orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka, ceritakanlah kisah-kisah itu agar mereka berfikir.
(Al-A’raf : 175 -176)
Salahkah diri ini?
Tuhan, tolong betulkan salah yang telah aku lakukan.
Tuhan, tolong luruskan jalan yang telah aku bengkokkan.
Saturday, April 16, 2011
Tarbiyah.
Jari merapat dengan kekunci laptop.
Aku mula menulis setelah sekian lama aku tinggalkan untuk direhatkan sementara. (^__^)
Lesu dengan praktikum, menjengah anak-anak di sekolah.
Terkadang rasa marah. Terkadang senyum sendiri.
Gelagat anak kecil. Menyakitkan hati tapi kadang-kadang buat hati berbunga.
Melihat dunia. Ini lah gelanggang ilmu. Sebulan di sekolah sudah cukup membuatkan aku rasa susah dan sukarnya menyampaikan ilmu.
Begitulah tarbiyah. Senang untuk disampaikan tetapi sukar bagi mereka yang tak mahu terima.
Bagaimana anak-anak degil dan tidak mahu dengar kata yang selalu dipamerkan terang-terangan, begitulah juga tarbiyah yang disampaikan kepada mereka yang sebaya dan sudah punya akal untuk berfikir. Mereka tidak protes di luaran tetapi memberontak di dalam. Amarahnya terpendam, tidak sukanya di sorok. Begitulah manusia bila perkara baik cuba disampaikan.
Sebulan ini memberi aku pengajaran untuk memperbaiki diri supaya menjadi pendidik yang tegar. Dan menjadi murabbi atau dai’e yang kental. Tidak mahu mengalah kerana perkataan itu sudah lama aku lupuskan dalam ensyklopedia hidup ini.
Saturday, March 19, 2011
Salahkan aku.
DIA leburkan segala susah payah derita kehidupan.
Yang perit dan pedih.
Dalam hidup, tiada siapa yang akan rasa bahagia selamanya.
Tiada siapa yang akan rasa derita selamanya.
Semuanya Allah bagi sama rata kerana DIA Maha Adil.
Melingkari sebuah kehidupan yang amat payah dalam waktu kosong tanpa tarbiyah benar-benar membuatkan diri ini hilang arah. Sendirian dan tiada hala tuju.
Ruang yang sebenarnya memberitahu siapa dan di mana kedudukan diri ini sebenarnya.
Mencipta sebuah jawapan kepada persoalan yang sering mengusik jiwa dan hati tanpa istikharah dan doa kepadaNya.
Salahkan aku.
Maaf buat diri ini, Tuhan
Tuhan..
Aku rasa bersalah kerana meminggirkanMu
Untuk sekian kali,
aku dengan rendah hati mengaku bahawa aku belum cukup untuk mencintai diriMu dan kekasihMu.
Dengan rasa hina, aku tak tahu apa yang aku mahu dalam hidup ini.
Untuk kali ini, aku tertanya-tanya,
siapa aku dalam hidup ini
untuk apa aku di atas muka bumi ini
mengapa aku yang dipilih untuk berada di atas jalanMu
soalan ini mengganggu, soalan ini merunsingkan benak fikiran
Tuhan..
Tunjukkan aku jalan untuk kembali kepada fitrahku
Aku tidak kuat. Aku selalu lemah. Aku selalu lelah
Mohon padaMu Tuhan,
Biar di bumi mana aku berada, istiqamah dan tetapkan hati aku
Supaya aku hanya melihat cahayaMu bukan kegelapan yang malap semata.
Amin..
Friday, March 18, 2011
Ampuni diriku, Tuhan.
Saturday, March 5, 2011
Untukku dan Mereka Yang Bergelar Pemuda
“Penuhilah diri kamu dengan ilmu dan akhlak,
untuk bekalanmu dalam memimpin generasi masa depan.
Maka, aku ingin menasihati diriku dan mereka yang sewaktu dengankku kerana aku sedar untuk apa hidup di dunia ini.”
Taatilah Allah dan RasulNya dan
jauhilah apa yang dilarangNya.
Dari Abu Hurairah r.a, Nabi SAW bersabda, “ Ada tujuh golongan manusia yang akan dilindungi Allah dengan lindunganNya pada hari tiada lindungan lain kecuali lindunganNya sahaja iaitu :-
- Pemimpin yang adil.
- Pemuda yang membesar dalam keadaan mengabdikan diri kepada Allah.
- Lelaki yang hatinya terpaut kepada masjid.
- Dua lelaki yang berkasih sayang hanya kerana Allah, bertemu dan berpisah juga hanya keranaNya.
- Seorang lelaki yang digoda oleh perempuan yang mempunyai kedudukan dan kecantikan tetapi lelaki itu menolak dan berkata, ”sesungguhnya aku takutkan Allah”.
- Seorang lelaki yang merahsiakan sedekahnya sehingga tidak diketahui oleh orang lain.
- Seorang lelaki yang duduk menyendiri bermunajat kepada Allah lalu mengalirkan air matanya.
[Muttafaqun ’Alaih]
Jika dikira dan difikir, kita yang mana satu??? Aku mahu punya ciri-ciri di atas supaya Allah tahu dan kenal aku sebagai hambaNya. Aku mahu jadi tujuh golongan yang disebut. Tapi apa usaha yang telah kita lakukan untuk kecap impian itu supaya jadi nyata? Adakah hanya mendengar, faham dan tahu tapi tiada AMAL?
Ambillah segala kesempatan di zaman mudamu ini dengan memenuhi setiap masa lapangmu dengan ilmu.
Sabda Rasulallah SAW yang bermaksud : ”Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara :-
- Masa mudamu sebelum datang masa tuamu.
- Masa sihatmu sebelum sakitmu.
- Masa kaya sebelum datangnya masa sempitmu (miskin)
- Masa lapangmu sebelum tiba masa sibukmu.
- Masa hidupmu sebelum tiba masa matimu.
Masa hidup kita, ke mana kita habiskan? Adakah selama ini kita membuang masa tanpa sebarang perkara yang berfaedah? Allah maafkan kita seandainya kita lupa. Tapi adakah Allah beri ampunan sekiranya kita SENGAJA untuk lupa atau tidak sedar dengan tingkah laku kita selama ini? Mungkinkah hanya apabila telah datang tua, sakit, sempit, sibuk dan mati barulah kita mula sedar akan tanggungjawab kita sebagai seorang MUSLIM yang sepatutnya memperbaiki diri sendiri dan memberi peringatan kepada orang lain?
Jagalah kehormatan dirimu dan jauhilah zina.
“Wahai golongan pemuda! Siapa yang diantara kamu yang telah mempunyai keupayaan iaitu zahir dan batin untuk berkahwin, maka hendaklah dia berkahwin, sesungguhnya perkahwinan itu dapat menjaga pandangan mata dan menjaga kehormatan. Maka, sesiapa yang tidak berkemampuan, hendaklah dia BERPUASA keran puasa itu baginya benteng nafsu.”
(Hadith Riwayat Muslim)
Selama ini, sejauh manakah kita berpuasa untuk menahan nafsu dari meroboh benteng perisai hati? Banyak manakah puasa yang kita lakukan supaya hati dan jiwa ini terjaga dari amukan nafsu? Kita adalah pemuda yang kuat dan gagah. Bukan disuruh berperang tapi sekadar berpuasa untuk melemahkan nafsu. Jika puasa tidak terlaksana, bagaimana mahu jadi syabab yang bisa pimpin judullah syahid di jalanNya?
Aku hanya layak membetulkan diri ini sendiri. Tetapi kamu sebagai PEMUDA seharusnya tahu akan tanggungjawab yang sepatutnya tergalas pada bahu.
Tuesday, February 22, 2011
Pakaian kita
Aurat itu pakaianku
Yang menyelimuti seluruh tubuhku
Aurat itu dari seluruh anggota badanku
Tapak tangan dan muka itu berkecuali
Aurat itu pakaianku
Yang melindungi setiap inci tubuhku
Daripada diperlihatkan oleh semua makhluk yang bukan mahramku
Auratku, yang menutupi rambutku
Kononnya rambut adalah mahkota
Tapi di mana perlindungannya sebagai mahkota yang menyinar?
Aurat itu memperlihatkan pakaianku
Tidak ketat, sendat mahupun jarang sehingga terbogel seluruh badan
Aurat itu biar menepati syariat
Apa guna tahu tapi tiada amal
Apa guna tahu jika tubuh itu untuk yang halal bergelar suami
Sedang tubuh itu diperaga sesuka hati buat tatapan umum
Auratku,
Pinta pada Tuhan untuk peliharanya sampai aku mati
Jangan terselak, jangan terdedah
Kerana aku tidak mahu tubuhku dihinggapi lalat dan langau
Maaf pada yang tersinggung
Tugas ini sudah aku laksanakan
Memberi ingatan ini adalah dayaku
Biar tiada suara lantang yang berbunyi
Tapi dengarilah dengan suara hati
Bukan takut untuk berkata
Tapi takut menyinggung kerana bicara
Saturday, February 19, 2011
cikgu itu kita
“Saya jadi cikgu bukan untuk didik mental budak-budak semata, tapi saya jadi cikgu untuk didik jiwa dan hati mereka supaya ruh mereka hidup, bukan tak bernyawa macam robot”
Biar dicampak ke lautan mana, biar dihumban ke gunung mana, itulah guru. Itu adalah kita. Dan itu adalah aku. Mendidik jiwa-jiwa yang belum kenal tarbiyah. Mendidik jiwa-jiwa untuk jadi qowie. Mendidik jiwa-jiwa untuk jadi rijal. Itu sepatutnya guru. Bukan lahirkan insan yang hanya tahu bekerja tapi jiwa mati.
Thursday, February 17, 2011
demi masa
Masa yang Tuhan beri hanya untuk pinjaman. Pinjaman yang tak mungkin dapat aku kembalikan. Pinjaman yang tak mungkin dapat aku bayar dengan nilaian yang sama haknya.
Melangkah beberapa tapak ke hadapan, tak mungkin untuk toleh ke belakang. Tiada siapa pernah faham hidup aku. Hanya mereka yang sama berdiri dan bertatih di atas jalan yang sama, pasti tahu apa yang aku rasa. Pasti tahu panjang dan payahnya jalan yang telah dipilih.
Minggu yang sangat pack. Hampir saja mahu menangis. Mengenangkan tiada masa rehat. Pejam mata lansunglah tidak. Hari-hari yang terisi dengan daurah, katibah, liqa’ dan usrah. Makanan hati dan jiwa. Topup iman (^__^). Sebelum saatnya Izrail menjemput, inilah masanya.
Maaf buat abah daripada anak yang tidak punya masa untuk abah. Tapi ketahuilah dalam setiap langkah anakmu jihad di jalan Allah, saat itu abah selalu dalam doa dan ingatan.
Wednesday, February 2, 2011
Kita Sudah Dewasa
Kita semakin dewasa. Kalau dulu semasa anak-anak, berlari dan bermain. Bergaduh dan berkawan. Menangis dan ketawa. Kalau dulu semasa anak-anak, tiada masalah yang bermain dalam kotak fikiran. Semuanya tentang, ”esok nak main ape eh?” . Hidup kanak-kanak yang tak pernah tahu diri akan dewasa.
Kita semakin dewasa. Kalau dulu, tinggi cuma 130cm, berat cuma 20kg. Sekarang, berganda besarnya. Kalau dulu, minta apa sahaja dengan rengekan, pasti dapat. Sekarang, usaha sendiri baru dapat. Tiada rengekan. Kalau dulu, bila merajuk ada orang pujuk. Sekarang, bila menrajuk, menagis sendiri dalam hati. Kerana kita sudah dewasa. Jadi pelindung kepada anak-anak.
Putaran sebuah kehidupan yang Allah atur. Subhanallah. Siapa sangka kita jadi dewasa. Jejak kaki ke menara gading jadi insan berjaya. Punya suami, isteri, anak-anak dan keluarga. Hidup yang penuh dengan ketidaksangkaan. Rahmat Allah itu luas dan besar bagi mereka yang melihat dan merenung dengan roh dan jiwa-jiwa berbunga mekar.
Peluang dan kesempatan daripada Allah tak pernah pudar atau hilang dimamah waktu. Selalu ada untuk mereka yang menghargai. Ibarat surah Al-Asr. Bagaimana masa itu digunakan. Umpama lagu Raihan, ’Demi Masa’. Bagaimana masa itu dimanfaatkan. Kerana kita tidak tahu bila saatnya Izrael datang menjemput. (^__^)
Melihat gambar-gambar lama, mengimbau nostalgia saat aku masih kerdil. Bertatih. Comel. Siapa sangka, aku akan jadi seperti aku yang sekarang. Membesar dari seorang gadis, kemudian wanita. Sampai suatu saat, aku akan merasa kedut di wajah. Kita semua. Akan tua. Tiada yang berkecuali. =). Bagaimana perasaan nenek dan datuk kita sekarang, begitulah jua perasaan kita nanti.
Masa yang Allah beri pada kita saat ini, bukan untuk disia-sia. Bukan untuk lakukan rutin yang sama tiap masa. Tapi untuk dipergunakan pada jalanNya. Jika kita orang yang bijak berfikir menggunakan mata hati, maka kita pasti ketemu jawapannya. Jika kita buta mata hati dan menutup hati yang mahu dibuka, sia-sialah hidup ini. Pasti takkan ketemu bahagia hakiki.
Terima kasih Tuhan untuk hari ini dan selamanya. (^__^)